Nak turunkan berat badan dengan cara yang sihat?

MALAS NAK PEGI GYM! MALAS NAK JOGGING! TAPI NAK SEHAT MACAM ORANG LAIN 😭😭😭 Jangann risauuu, xbermakna xpegii gymm & xjoggingg kita xblh shat mcm org lainn 😍😍😍 #TimSista shareee dgn korangg mcm mne nk turunnkan brat bdaan dgn cra yg SEHHAT! 😍😍😍 Jom sharee & amalkann yee 🌸

Makan Makanan Yang Boleh Mengenyangkan Anda 😍

Memakan makanan yang seimbang bukan sahaja memberikan anda nutrisi rendah kalori, malah ia juga boleh memberikan anda rasa kenyang dengan cepat. Hal ini sangat baik kerana boleh menghadkan pengambilan makanan agar tidak berlebihan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memuatkan makanan-makanan berikut ke dalam menu harian anda:

  • Bijian oat
  • Epal
  • Telur
  • Halia
  • Kekacang
  • Sayuran hijau
  • Ubi
  • Coklat hitam (dark chocolate)

Hindari kalori dalam minuman 😍

Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk dilakukan untuk turunkan berat badan. Anda perlu menggantikan minuman manis seperti tea ais, milo, nescafe dan minuman ringan yang lain demgan minuman bebas gula. Dengan cara ini anda dapat kurangkan berat badan anda sebnyak 10 kg dalam tempoh 2 bulan.

Perlu Aktif Bergerak 😍

Untuk langkah awal bagi yang ingin turunkan berat badan, anda tidak perlu melakukan sukan yang berat seperti olah raga sebagai aktiviti harian anda untuk buatkan anda rasa segar dan cergas. Tetapi anda boleh melakukan aktiviti yang anda suka supaya aktiviti itu dapat dilakukan berulang kali dan anda tidak mudah bosan.

Antara aktiviti yang disarankan adalah bermain futsal bersama rakan-rakan ataupun anda boleh berbasikal bersama keluarga sambil santai bersama orang tersanyang. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat kurangkan berat badan malah ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga dan rakan. Aktiviti ini anda boleh lakukan 3 kali dalam seminggu.

Kurangkan berat badan dengan diet yang seimbang 😍

Apa yang anda boleh lakukan ialah rancang jadual pemakanan dan jangan melakukan diet tanpa jadual yang betul yang boleh memudaratkan kesihatan anda. Jika anda ingin menurunkan berat badan, adalah dinasihatkan supaya mencuba diet sihat yang dapat membantu mencapai matlamat anda tnpa membahayakan kesihatan.

Tips mudah yang perlu diingat semasa berdiet.

  • Jangan melangkau waktu makan
  • Banyakkan meminum air kosong
  • Makan sedikit tetapi kerap , ini dapat meningkatkan metabolisme.
  • Buang semua makanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Perbanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran , daging tanpa lemak, ikan, bijiran dan produk tenusu tanpa lemak.
  • Catatkan setiap makanan yang anda makan dan bila, dan juga bagaimana anda rasa setiap kali selepas makan.

Kira jumlah kalori 😍

Apabila anda mengetahui kadar minimum kalori yang diperlukan oleh badan setiap hari ia dapat membantu anda untuk merancang pemakanan yang lebih berkesan. Sepertimana yang kita tahu jumlah kalori individu adalah berbeza dan ia akan berubah mengikut peningkatan umur. Selain itu anda juga boleh merujuk kepada pakar pemakanan atau dapatkan nasihat daripada doktor pakar dalam target penurunan berat badan supaya anda dapat turunkan berat badan dengan cara yang sihat dan tidak membebankan anda. Anda juga perlu memilih kadar nutrisi sayur-sayuran, buah-buahan, lemak dan protein yang seimbang!

By | 2017-11-08T23:36:57+00:00 October 30th, 2017|Tips|0 Comments

Leave A Comment